Kehidupan peribadi dan pendidikan Annuar_Rapaee

Dilahirkan pada 18 November 1963, beliau memulakan zaman persekolahannya di SK Perbandaran Sibu No. 3 dari tahun 1970 hingga 1975. Beliau kemudian belajar di SMK Rosli Dhoby dari tahun 1976 hingga 1981.

Selepas menamatkan zaman persekolahannya, beliau melanjutkan pengajiannya ke peringkat yang tinggi di Universiti Malaya dari tahun 1981 hingga 1983 pada peringkat matrikulasi di Pusat Sains Asasi. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya di universiti yang sama sehingga tahun 1988 sehingga beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan yang menjadikan beliau seorang doktor yang sah. Beliau kemudian melanjutkan pendidikan lepasan ijazah di Hospital Universiti St. James, Leeds, United Kingdom dalam perubatan dalaman.

Selepas melanjutkan pengajiannya di United Kingdom, beliau kembali ke Malaysia untuk meneruskan latihan perubatan beliau. Beliau melanjutkan pendidikan lepasan ijazah yang kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1998 hingga 2001. Pada tahun 2004, beliau pergi ke Jerman untuk menjalani latihan lanjutan di Deutsches Herzzentrum Berlin (Bahasa Melayu: Institut Jantung Jerman Berlin).

Beliau adalah seorang pakar dalam bidang pengimejan MRI jantung dan telah melatih pakar kardiologi lain ketika berkhidmat di UNIMAS dan Hospital Serdang di Selangor, Malaysia. Beliau berkahwin dengan Dr. Haniza Zainal Abidin. Mereka mempunyai 2 orang anak, anak perempuan yang bernama Irynaa Annuar, 19 dan anak lelaki yang bernama Irfan Annuar, 15.[2]